Thursday, December 15, 2011

Syair Imam Shafie Ketika Akhir Hayatnya



إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــي
Kupersembahkan (rintihan) kepadaMu Tuhan sekalian makhluk akan harapanku

وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا
Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha Pemberi dan Maha Pemurah

ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي
Bilamana keras hatiku & terasa sempit perjalananku

جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا
Kujadikan rayuan (rintihan) daripadaku sebagai jalan untuk mengharapkan keampunanMu

فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل
Bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini

تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرمــا
KurniaanMu & keampunanMu adalah merupakan rahmat & kemuliaan

ألــســت الــــذي غـذيـتـنـي وهـديـتـنــي
Bukankah Engkau yang memberi aku makan serta hidayah kepadaku

ولا زلــــت مـنـانــا عــلـــيّ ومـنـعـمــا
Dan janganlah Engkau hapuskan kurniaan anugerah & ni'mat itu kepadaku (walaupun aku seorang yang sentiasa berdosa)

عـسـى مــن لــه الإحـســان يـغـفـر زلـتــي
Semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku

ويـسـتــر أوزاري ومــــا قــــد تـقــدمــا
Dan menutup dosa-dosaku serta setiap perkara yang telah lalu

فــإن تـعـف عـنــي تـعــف عـــن مـتـمـرد
Sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan

ظــلــوم غــشــوم لا يــزايـــل مـأتــمــا
kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan

و إن تنـتـقـم مــنــي فـلـســت بــآيــس
Namun jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa

ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي بـجــرم جـهـنـمـا
Sekalipun dosa-dosaku itu akan memasukkan diriku ke dalam neraka

فصيـحـا إذا مــا كــان فـــي ذكـــر ربـــه
Dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut & mengingati Rabbnya

وفيما سواه في الورى كان أعجما
Dan bilamana dia bersama selain tuhannya di dunia ini dia membisu

يـقــول: حبـيـبـي أنـــت سـؤلــي وبغـيـتـي
Dia (Rasulullah SAW) berkata: Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta & berharap

كـفــى بـــك للـراجـيـن ســـؤلا ومـغـنـمـا
Cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung & memohon

أصـــــون ودادي أن يـدنــســه الـــهـــوى
Ku pelihara kasihku yang dicemari nafsu

وأحــفــظ عــهــد الــحـــب أن يـتـثـلـمـا
Dan ku jaga janji kasih yang telah tercalar

فـفـي يقظـتـي شــوق وفــي غـفـوتـي مـنــى
Di saat ku jaga, aku rindu & di saat ku lelap, aku berharap

تــلاحــق خــطــوي نــشــوة وتـرنــمــا
Mengiringi langkahku dengan penuh semangat & berulang-ulang

فـجـرمـي عـظـيـم مـــن قـديــم وحــــادث
Sesungguhnya dosaku adalah besar sejak dulu & kini

وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد أعـلــى وأجـسـمـا
Namun (ku tahu) keampunanmu yang mendatangi hamba adalah lebih besar (agung) & lebih mulia

Muhd Habib
Kredit to; manafghani

Monday, December 12, 2011

Dengar, Renung, Dan Hayati

TAJUK: SABAR

Bahtera Hamba- Zulfan




Sukar berlabuh
sebuah bahtera keinsafan
memberanikan aku sebagai nakhoda
dilautan luas gelombang yang datang
menghanyutkan segala
kemudi kedasar dosa...

Kucekalkan diriku
bergapaian air mata
meluncur bahtera ke pulau redha
kupasrahkan hatiku
meredah gelombang cinta
yang luas menggunung menghempas dosa...

Kalau tiba kepantai putih
hamparan pasir permaidani terbentang luas
rahmat dan kasih sayang Mu

Kembali bertawadhuk
dipulau yang redha ni
kuhindarkan naluri
segala mazmumah diri
beralunan lautan
bertiup bayu kesempurnaan
ditaman itu jiwa bersemadi....

Kini danau nurani bersih
berwudhu'air mata yang gugur
menyerah diri kepada Allah
mendamba kasih menghina diri
syukur hamba dengan keinsafan
telah berhijrah akan diriku
di bawah naungan keampunan
hidup matiku hanya untukMu....

Monday, November 7, 2011

Rintihan seorang anak -Lambaian Kasih



Lambaian Kasih : Rintihan Seorang Anak

BETAPA PERITNYA HIDUPKU
TANPA BELAIAN KASIH DAN SAYANGMU
SEJAK KECIL TIADA KURASAKAN
SENTUHAN JEJARIMU

KEMANA PERGINYA DIRIMU IBU
KAU MENGHILANGKAN DIRI DARIKU
TERBIAR SEPI JIWA KERDILKU
HILANGNYA IHSAN DIRIMU

APALAH SALAH DOSA DIRIKU
TERBUANG TANPA PEMBELAANMU
AKU AMANAH TIADA DISYUKURI
MEMBIARKU MENANGIS HIBA

BUKAN INTAN PERMATA YANG KUPINTA
HANYA SECEBIS KASIHMU
DILEMBAH SENJA TIADA KUMENGERTI
MENGAPA KAU SEKEJAM INI

KULALUI HIDUP TANPA KEHADIRANMU
IBU..KETAHUILAH SUARA OMBAK ITU ADALAH
TANGISANKU YANG BERLAGU DAN MENANTI KEPULANGAN MU IBU
KUMERINDUKAN SEPOHON KASIHMU
IBU KEMBALILAH KEPADAKU
SEMOGA SINAR HIDUPKU
KAN KEMBALI GEMILANG..

KUPANJATKAN DOA PADA-MU YA ALLAH
AMPUNILAH SEGALA DOSA IBU
SELAMATKANLAH DIA DARI AZAB-MU
BERILAH PETUNJUK PADANYA SELALU..
Tak ada yang menarik,jika Anda tidak merasa tertarik. Make Things As Simple As Possible But No Simpler ©2011 Muhd Habib

Khutbah Syeikh Muhammad Fuad Fi EID ADHA

04 OKT 2011. JUMA’AT. KHUTBAH SYEIKH DI MASJID DARUL EHSAN, TAMAN TAR.

Marilah kita bertaqwa kepada Allah dengan sebebenar taqwa, dengan menta’ati segala titah perinta...hNya dan laranganNya.
Semoga dimaqbul Allah sempena Hari ‘Arafah syurgaNya. Tidak ada hari yang paling banyak Allah merdekakan daripada neraka melainkan Hari ‘Arafah. Hari paling mulia didunia. Siapa lakukan ibadat pada Hari ‘Arafah digandakan 10,000 kali. Marilah kita tingkatkan ibadat pada Hari ‘Arafah ini.
Hari ini, 8 Zulhijjah, dipanggil Yaumul Tarwiyyah. Dahulu Nabi saw, ketika turun memnunaikan Haji, akan masuk ke Mina dahulu sebelum ke ‘Arafah. Baginda saw berbuat demikian bagi tujuan menyediakan makanan dan minuman; supaya kelak mudah mabid di Mina. Maka 8 Zulhijjah dinamakan Yaumul Tarwiyyah. Disebut oleh Imam Syafie, diantara malam-malam mustajab do’a ialah pada Malam Tarwiyyah.
Ahli mufassir berbeza pendapat berkenaan asal-usul atau memahami Hari Tarwiyyah dan Hari ‘Arafah.
Perdapat pertama. Nabi Ibrahim as pertama kali bermimpi menyembelih anaknya Nabi Ismail as, pada malam 8 Zulhijjah. Maka pada siang harinya Nabi Ibrahim as berfikir-fikir apakah mimpi itu ilham dari Allah swt atau dari bisikan syaitan. Tarwiyyah dalam bahasa Arab bermaksud berfikir dan bermenung. Maka dari peristiwa Nabi Ibrahim berfikir dan bermenung, iaitu pada hari ke-8 Zulhijjah, ia disebut Hari Tarwiyyah.
Malam berikutnya Nabi Ibrahim as mengalami mimpi yang sama sekali lagi. Maka pada 9 Zulhijjah tahulah Nabi Ibrahim as bahwa mimpinya benar-benar dari Alllah swt dan mesti ditunaikan. Maka Hari ‘Arafah ialah hari Nabi Ibrahim as tahu bahwa mimpinya daripada Allah swt.
Malam berikutnya Nabi Ibrahim as bermimpi kali ketiga. Maka hari ke-10 Zulhijjah adalah hari Nabi Ibrahim as melaksanakan penyembelihan anaknya, Nabi Ismail as. Ia dinamakan Yaumul Nahar.
Pendapat kedua. Nama Hari ‘Arafah berkaitan dengan peristiwa selesainya Jibril as mengajar Nabi Ibrahim as tata-cara menunaikan ibadah Haji ketika mereka berada di Padang ‘Arafah. Apabila Jibril as selesai mengajarkan tawaf, selesai mengajar sa’i antara Bukit Sofa dan Marwah, manakala mereka sampai di Padang ‘Arafah, Jibrail as bertanya Nabi Ibrahim as: Adakah engkau tahu cara mengerjakan ibadat haji engkau? Jibril as menggunakan istilah ‘araf-ta’; maka dari peristiwa pertanyaan itu tempat dan hari tersebut dinamakan ‘Arafah.
Pendapat ketiga. Dikatakan juga Hari ‘Arafah berkaitan peristiwa pada hari bilamana Nabi Adam as berada di Padang ‘Arafah, serta mengiktiraf dosa dan kesalahannya memakan buah khuldi.
Pendapat keempat. ‘Arafah diambil dari istilah ‘raf’ yang bermaksud haruman dan wangian daripada Allah swt; maknanya Padang ‘Arafah dipenuhi haruman dan wangian. Tidak ada waktu dan masa yang paling banyak dibuka pintu-pintu langit, dan hari bumi paling ramai dikunjungi penduduk langit yang suci dari melakukan maksiat dan penderhakaan. Maka bumi berbau wangi, yang hanya dirasai dan dikucup harumannya oleh ahlillah, iaitu orang-orang yang dekat dengan Allah swt, merasai haruman tersebut. Mereka bergembira dan menyibukan diri dengan Allah swt.
Walau apa pun, sabab dinamakan Hari ‘Arafah tidak penting; yang penting ialah menjaga diri dari melakukan perkara yang dimurkai Allah swt pada Hari ‘Arafah.
Terdapat Hadith diriwayat oleh sepupu Nabi saw, al-Fadhl ibn Abbas ra, seorang remaja yang waktu itu membonceng diatas tunggangan Nabi saw di ‘Arafah. Disana terdapat para wanita turut berwukuf mengerjakan Haji. Ibn Abbas memerhati wanita-wanita yang tidak boleh dipandang oleh orang yang bukan mahram. Apabila Nabi saw melihat gelagatnya, Baginda saw bersabda:
“Wahai anak bapa saudaraku. Hari ini iaitu Hari ‘Arafah; sesiapa yang menjaga pendengarannya, dan penglihatannya dan menjaga diri daripada maksiat kepada Allah swt, nescaya di ampunkan dosanya.”
Maksud Hadist diatas, cukup dengan sekadar menjaga diri daripada maksiat akan mendapat maghfirah, diampun dosa. Apatah lagi jika ditambah dengan zikirullah, dengan do’a, dengan rintihan kepada Allah swt, yang menzahirkan kefaqiran dan kemiskinan dihadapan Allah swt, maka sudah pastilah ditambah nikmat; daripada keampunan kepada keredhaan Allah swt dan dikurniakan kejayaan menggapai makrifatullah, pengenalan yang hakiki pada Hari ‘Arafah.
Hari ‘Arafah adalah Hari Tauhid, hari mengesakan Allah swt. Jangan sekali-kali kita pada Hari ‘Arafah memasukan kebesaran makhluk kedalam benak hati kita. Tidak ada yang besar pada Hari ‘Arafah melainkan Allah swt sahaja.Tidak ada ilah,tidak ada sembahan selainkan Allah swt pada Hari ‘Arafah. Maka jangan kita mensyirikkan Allah swt; samada syirik khafi, iaitu melakukan ibadat dan keta’atan kepada Allah swt dengan tujuan kemasyhuran, dengan tujuan dipuji, dikatakan orang soleh dan sebagainya. Itu syirik khafi yang terselit dalam benak hati menduakan Allah swt dalam ibadat. Apatah lagi syirik jali, yang menyebabkan seorang hamba itu tidak dipandang Allah swt pada Hari ‘Arafah.
Memandang Hari ‘Arafah adalah hari mentauhidkan Allah swt, kita mendapati Rasulullah saw membasahkan bibir dan lidahnya dengan mentauhidkan Allah pada Hari ‘Arafah. Dan ini dirakamkan dan dinaqalkan kepada kita melalui riwayat yang sahih, Nabi saw bersabda; “ (tertinggal?). Laililaha illallahu wahdahu, la syarikalah. Walahul mulk, walahul hamd. Yuhyi wa-yumit. Wahuwa hayyul la-yamut.”

Maksud Hadith:
“Sebaik-baik do’a ialah pada Hari ‘Arafah”. Dengan menyebut ‘hari’ ia bermaksud amalan dimana sahaja pada hari ke-9 Zulhijjah, tidak terhad kelebihan do’a hanya do’a di Padang ‘Arafah; selagi mana kita hidup pada tarikh 9 Zulhijjah, selama itu kelebihan Hari ‘Arafah meliputi kita.
“Seafdhal-afdhal dan sebaik-baik ucapan yang aku ucapkan dan yang pernah diucapkan oleh nabi-nabi sebelumku ialah zikrullah: Laililaha illallahu wahdahu, la syarikalah. Lahul mulk, walahul hamd. Yuhyi wa-mumit. Wahuwa hayyul la-yamut.”
“Laililaha illallahu wahdahu, la syarikalah”. Tidak ada Tuhan melainkan Allah. ‘Wahdah’, esa pada zat, pada perbuatan, pada nama dan pada sifat. ‘La syarikalah’, tidak ada sesiapa yang menyengutui zatNya dengan maksud tidak ada sesiapa pun yang menyerupai zat Allah, dan zat Allah tidak menyerupai zat makhluk. Begitu juga  tidak ada sesiapa menyamai swt pada namaNya, pada sifatNya dan pada perbuatanNya.
“Walahul mulk, walahul hamd”. ‘Walahul mulk’, dan bagiNya kerajaan. Maka setiap orang yang berjawatan, yang berpangkat, yang berkuasa, yang memimpin kerajaan, sepatutnya menanggalkan sifat itu pada benak hati mereka pada sa’at dan ketika mereka berada pada Hari ‘Arafah. Tidak sepatutnya seorang Raja berurusan bahwa dia itu adalah Raja, pada Hari ‘Arafah. Tidak sepatutnya dan selayaknya seorang pemimpin berasa dia seorang pemimpin pada Hari ‘Arafah. Kerana kita mengistiharkan pada Hari ‘Arafah, bahwa yang mempunyai kerajaan hanya Allah swt. Ada pun yang selain daripada Allah tidak mempunyai sebarang kuasa, tidak mempunyai sebarang kerajaan. Jikalau kita mahu dipandang oleh Allah swt pada Hari ‘Arafah maka hendaklah merendah diri serendah-rendahnya, dengan menyembamkan muka kita keatas permukaan bumi dimana ini salah satu  bentuk pengistiharaan kehinaan diri kita dihadapan Allah swt pada Hari ‘Arafah yang dengannya Allah akan mengangkat kedudukan kita menjadi insan yang hampir dan dekat denganNya kerana tidak ada amal yang paling disukai Allah melainkan apabila sesaorang hamba itu mengenal bahwa dirinya adalah hamba. Tidak ada maksiat yang paling dimurkaii Allah, melainkan orang-orang yang merasa dirinya berkuasa dan mempunyai sifat ketuhanan seumpama kibriya’ dan ‘azomah, kebesaran dan keagungan,  yang dengannya menyebabkan mereka dilemparkan kedalam neraka tanpa diperdulikan Allah swt.
“Yuhyi wa-mumit”. Allah Yang Maha Menghidupkan dan Yang Maha Mematikan. Kita mohon kepada Allah swt pada Hari ‘Arafah dengan nama Allah, Yuhyi wa-Mumit, Yang Maha Menghidupkan dan Yang Maha Mematikan supaya Allah menghidupkan hati kita yang mati dengan makrifah dan dengan mahabbah kepada Allah swt; yang selama ini tidak ada walau sekelumit didalam benak hati kita perasaan kasih dan cinta kita kepada Allah swt. Mana mungkin orang yang tidak menaruh perasaan cinta kepada Allah dapat menggapai nikmat dan anugerah Allah iaitu makrifah terhadapNya. Maka hendaklah kita memohon kepada Allah pada Hari ‘Arafah semoga Allah menghidupkan hati kita, hidupnya hati sesaorang dengan mahabbah, dengan kasih dan cinta yang tidak berbelah bagi kepada khaliq, iaitu Pencipta dan Tuan kita, iaitu Allah swt.
“Wahuwa hayyu la-yamut”. Dia Maha Hidup, tidak ada istilah kematian bagiNya. DaripadaNya asal segala sesuatu, dan kepadaNya kembali segala sesuatu.
Inilah ucapan Nabi Muhammad saw dan para nabi as yang sebelumnya ketika mana berada pada Hari ‘Arafah.
 Moga Allah swt mengurniakan kepada kita pandanganNya pada Hari ‘Arafah, mengurniakan kepada kita kasihNya pada Hari ‘Arafah, mengurniakan kepada kita keredhaanNya pada Hari ’Arafah. Sehingga layaklah kita di merdekakan oleh Allah daripada api nerakaNya pada Hari ‘Arafah; yang dengannya kita  dapat bergembira pada keesokan harinya, menyambut Aidil Adha disebabkan kita tergolong dari orang yang dimerdekakan daripada api nerakaNya

Tak ada yang menarik,jika Anda tidak merasa tertarik. Make Things As Simple As Possible But No Simpler ©2011 Muhd Habib

Saturday, November 5, 2011

Haji Menurut Al-Ghazali

Jika engkau ingin ziarahmu diterima, pertama-tama laksanakan perintah-perintah-Nya, kembalikanlah apa-apa yang diperoleh dengan zhalim, bertaubatlah kepada-Nya dari semua maksiat, dan putuskanlah keterkaitan hatimu dengan selain Dia, agar engkau menghadap kepada-Nya dengan wajah hatimu sebagaimana engkau menghadap kepada rumah-Nya dengan wajah tubuhmu.

Hujjatul Islam Al-Ghazali telah menghabiskan puluhan halaman dari kitabnya, Al-Ihya`, untuk berbicara tentang haji dengan pembicaraan yang panjang lebar yang dipenuhinya dengan uraian dan bahasan secara terperinci.
Ia membagi pembicaraannya menjadi dua bagian. Bagian pertama adalah amalan-amalan zhahir haji, yang mana ia mengarahkan pembicaraannya kepada kaum muslim secara umum yang tidak dapat mencapai rahasia-rahasia yang dalam dan pembahasan-pembahasan yang terperinci.
Pada bagian kedua, ia berbicara tentang rahasia-rahasia haji, tujuan-tujuannya, dan maksud-maksudnya, yang mana ia menyelami makna-makna yang dalam yang digalinya dari amalan-amalan haji. Dan tampaknya ia menujukan pembicaraannya yang khusus ini kepada orang-orang yang mampu menyelami hal-hal yang mendalam, naik ke cakrawala yang luas, agar dapat menyerap pelajaran-pelajaran dan nasihat-nasihat yang sangat bagus, sehingga bertambahlah hubungan mereka dengan Tuhannya dan bertambah pula pengenalannya tentang hak-Nya terhadap mereka.


Dengan Persiapan yang Baik
 
Dalam kitab monumentalnya, Ihya’ `Ulumiddin, Imam Al-Ghazali mengisahkan perjalanan seorang alim yang shalih yang sedang menempuh perjalanan haji. Namanya Ali bin Al-Muwaffaq.
Dikisahkan demikian, “Pada suatu malam, tanggal 8 malam 9 Dzulhijjah (malam hari Arafah) ia tertidur di Masjid Al-Khaif Mina. Dalam tidurnya ia bermimpi melihat dua malaikat sedang berdialog. Malaikat yang satu berbicara kepada malaikat yang lain, “Hai teman, tahukah engkau berapa banyak orang yang pergi haji tahun ini?”
Malaikat yang lain menjawab, “Tidak tahu!”
Kemudian temannya tadi memberi tahu bahwa mereka itu jumlahnya mencapai 600.000 jama’ah.
Kemudian ditanya lagi, “Tahukah kamu berapa orang di antara mereka itu yang meraih haji mabrur?”
“Tidak tahu!” jawab temannya.
Kemudian temannya itu menjelaskan bahwa yang meraih haji mabrur hanya enam orang.
Sampai dialog ini, dua malaikat itu pun pergi.
Setelah itu Ali bin Al-Muwaffaq pun terbangun dari tidurnya dengan penuh penasaran, sedih, dan gelisah. Dalam hatinya ia bertanya, “Jika hanya enam orang yang diterima hajinya dari 600.000 jama’ah, apakah aku bisa masuk yang enam orang itu?”
Demikianlah ia terus-menerus merenungkan dan berusaha mencari tahu makna di balik mimpinya itu. Selanjutnya ia berusaha melakukan ibadah hajinya dengan sebaik mungkin agar berhasil masuk dalam kelompok enam yang hajinya mabrur tersebut.
Kisah ini tidak diketahui kapan terjadinya dan seberapa jauh kebenarannya. Tetapi yang jelas, Al-Ghazali, yang dikenal sebagai ulama yang amat termasyhur dan mendapat julukan Hujjatul Islam, telah mencatat dalam kitabnya yang amat monumental dan berpengaruh di kalangan orang-orang yang mendalami masalah-masalah spiritualitas.
Sekurang-kurangnya yang dapat diambil hikmah dari kisah tersebut adalah agar setiap orang yang menunaikan ibadah haji selalu menata dan meluruskan niatnya, melakukan ibadah hajinya dengan baik dan benar serta selalu berusaha dan berdoa agar ibadahnya diterima oleh Allah SWT. Ya, seorang yang akan menunaikan ibadah haji seharusnya melakukan persiapan lahir dan bathin dengan sebenar-benarnya. Karena, perjalanan haji bukanlah perjalanan wisata, melainkan ibadah multidimensi dalam arti sesungguhnya.
Dalam kitab monumentalnya itu, Al-Ghazali memang secara khusus berbicara panjang lebar tentang ibadah yang istimewa ini. Ia memulai bahasannya tentang haji dengan pembukaan yang bersajak yang menyerupai mukadimah khutbah mimbar. Dalam khutbahnya, ia mengatakan, “Segala puji bagi Allah, Yang telah menjadikan kalimat tauhid sebagai tempat berlindung dan benteng untuk hemba-Nya, menjadikan Bait Al-`Atiq sebagai tempat yang aman untuk pertemuan (berkumpulnya) manusia, memuliakannya dengan menisbahkannya kepada diri-Nya dengan suatu kemuliaan, penjagaan, dan keamanan. Allah menjadikan ziarah ke tempat itu dan thawaf di sana sebagai penghalang antara seorang hamba dan siksa. Semoga shalawat dan salam dilimpahkan kepada Nabi Muhammad, nabi pembawa rahmat dan pemimpin umat. Begitu juga kepada keluarganya dan sekalian sahabatnya sebagai pemimpin-pemimpin kebenaran dan pemuka manusia.”
Setelah mengawalinya dengan pembukaan yang indah, Al-Ghazali pun mulai memasuki pembahasannya yang terperinci dan mendalam tentang ibadah yang sangat istimewa ini.
Allah berfirman dalam surah Al-Hajj, yang artinya, “Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan mengendarai unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh.” (QS Al-Hajj: 27). Sedangkan Rasulullah SAW bersabda, “Haji mabrur itu lebih baik daripada dunia dan isinya, dan haji mabrur tidak ada balasannya melainkan surga.”
Pusat pelaksanaan ibadah haji berlangsung di kota Makkah, kota paling suci di muka bumi. Ia negeri Allah yang mulia dan tempat diutusnya Nabi-Nya SAW. Betapa sangat mulia dan terhormatnya Makkah, sehingga tidak ada suatu negeri pun di mana seseorang akan dihukum walaupun baru berniat (berbuat jahat) dan belum melakukannya kecuali Makkah. Allah SWT mengatakan dalam surah Al-Hajj, yang artinya, “Dan siapa yang bermaksud di dalamnya melakukan kejahatan secara zhalim, niscaya akan Kami rasakan kepadanya sebagian siksa yang pedih.” (QS Al-Hajj: 25). Jadi, orang itu akan dihukum di sini dengan berniat jahat saja.
Rasulullah SAW juga berkata yang ditujukan kepada Makkah, “Sesungguhnya engkau bumi Allah terbaik dan negeri Allah yang paling aku cintai.”
Setelah Makkah, yang paling mulia adalah Madinah. Mengenai masjidnya di kota ini, Rasulullah bersabda, “Satu kali shalat di masjidku ini lebih baik daripada seribu kali shalat di tempat lain kecuali di Masjid Haram.”
Mengenai pelaksanaan haji itu sendiri, walaupun Al-Ghazali berpendapat bahwa pelaksanaan haji dapat ditunda beberapa waktu (tidak harus segera), ia mengatakan, “Barang siapa memiliki kemampuan, ia wajib menunaikan haji. Dan ia dapat menundanya, tetapi hal ini mengandung bahaya. Apabila ia memiliki kemudahan walaupun di akhir umurnya (dan ia tidak menunaikan haji), ia berjumpa dengan Allah dalam keadaan sebagai seorang yang bermaksiat karena meninggalkan haji. Jika ada peninggalannya, ia harus dihajikan dengannya sekalipun ia tidak mewasiatkannya, sebagaimana utang-utangnya yang lain.
Seandainya seseorang memiliki kemampuan di dalam suatu tahun tetapi ia tidak berangkat bersama orang-orang dan kemudian hartanya itu binasa pada tahun itu juga sebelum orang-orang itu menunaikan haji (yakni, mereka masih dalam perjalanan), kemudian ia mati, ia berjumpa dengan Allah dalam keadaan tidak memiliki kewajiban haji atasnya. Barang siapa mati dan belum menunaikan haji padahal memiliki kemudahan, hal itu sangat berat di sisi Allah.
Umar RA pernah mengatakan, ‘Aku ingin menulis surat kepada negeri-negeri agar dikenakan pajak terhadap orang yang memiliki kemampuan tetapi tidak menunaikan haji.’ Dari Sa`id bin Jubair, Ibrahim An-Nakha`i, Mujahid, dan Thawus, dikatakan, ‘Barang siapa mati dalam keadaan belum membayarkan zakat dan belum menunaikan haji, ia minta dikembalikan ke dunia dan ia membaca firman Allah, yang artinya: Ya Allah, kembalikanlah aku (ke dunia) agar aku berbuat amal yang shalih terhadap yang telah aku tinggalkan’.” (QS Al-Mu`minun: 99-100).
Harap-harap Cemas
Rukun-rukun haji itu ada lima, yaitu ihram, wuquf, thawaf, sa`i, dan bercukur. Sedangkan yang diharamkan dilakukan ketika berhaji adalah memakai pakaian yang berjahit, memakai wangi-wangian, mencukur rambut atau mengguntingnya, melakukan hubungan suami-istri dan pendahuluan-pendahuluannya, serta membunuh buruan darat yang dapat dimakan.
Amalan-amalan haji yang bersifat zhahir sebagaimana pendapat Hujjatul Islam Al-Ghazali adalah sebagai berikut:
Pertama, memulai maksud menunaikan haji dengan bertaubat, membayar utang-utang, mengembalikan barang-barang yang didapat dengan berbuat zhalim kepada pemiliknya, mengembalikan titipan-titipan dan amanah-amanah kepada yang berhak, dan menyiapkan nafkah bagi orang-orang yang wajib ia nafkahi selama ia melakukan perjalanan sampai ia kembali kepada mereka.
Kedua, mengambil teman yang baik dalam perjalanannya, yang membantunya untuk melakukan kebaikan dan mengingatkannya akan sesuatu yang membuat Allah menjadi ridha.
Ketiga, ketika akan berangkat dari rumahnya, hendaknya ia berdoa kepada Allah dengan ikhlas seperti membaca doa-doa yang biasa dibaca saat akan melakukan perjalanan kemana saja.
Keempat, berniat ihram dan memulai talbiyah dengan mengucapkan Labbaik, Allahumma labbaik, labbaika la syarika laka labbaik. Innal-hamda wan-ni`mata laka wal-mulk, la syarika lak.
Betapa dalam makna falsafah ihram dan makna talbiyah. Mengenai hal ini Al-Ghazali menuturkan, “Ihram dan talbiyah dari miqat, maknanya adalah memenuhi panggilan Allah. Karena itu, berharaplah agar ia diterima dan takutlah apabila dikatakan kepadamu, ‘Engkau tidak memenuhi panggilan dan engkau tidak memperoleh kebahagiaan.’ Jadilah engkau senantiasa berada di antara harapan dan rasa takut (harap-harap cemas), berlepas dirilah dari sekelilingmu dan kekuatanmu, dan berpeganglah kepada anugerah dan kemurahan Allah. Sesungguhnya waktu talbiyah merupakan awal dari ibadah ini dan tempat talbiyah itu merupakan tempat yang penting.”
Sufyan bin Uyainah mengisahkan, “Suatu ketika Ali bin Al-Husain menunaikan haji. Ketika ia berihram dan menaiki untanya, menjadi menguning tubuhnya. Ia pun menggigil, gemetar, dan tidak dapat bertalbiyah. Lalu ia ditanya, ‘Mengapa engkau tidak bertalbiyah?’
Ia menjawab, ‘Aku takut akan dikatakan kepadaku: Engkau tidak memenuhi panggilan dan engkau tidak memperoleh kebahagiaan.’
Ketika bertalbiyah, ia pingsan dan jatuh dari untanya. Hal itu terus menimpanya sampai ia menyelesaikan hajinya.”
Ahmad bin Abi Al-Hawari berkata, “Aku bersama dengan Abu Sulaiman Ad-Darani ketika ia hendak berihram. Ia tidak bertalbiyah sampai kami berjalan sejauh satu mil. Kemudian ia pingsan, lalu tersadar. Setelah itu ia berkata, ‘Wahai Ahmad, telah sampai keterangan kapadaku bahwa barang siapa berhaji dengan harta yang tidak halal kemudian ia bertalbiyah, Allah akan berkata kepadanya: Tidak ada talbiyah bagimu, tidak ada kebahagiaan bagimu sampai engkau mengembalikan apa yang berada di tanganmu.’ Maka jangan sampai dikatakan demikian kepada kita.”
Ya, semakin manusia mencapai puncak keimanannya kepada maqam yang sangat tinggi, semakin ia merasa takut kepada Allah SWT. Dan sebaliknya, semakin rendah kedudukan manusia, semakin tidak punya rasa takut kepada Allah SWT. Karena itu, kita melihat bagaimana Rasulullah SAW setiap harinya senantiasa beristighfar puluhan kali bahkan ratusan kali kepada Allah SWT.
Ketika mengangkat suaranya dengan membaca talbiyah di miqat, hendaknya seseorang ingat bahwa ia memenuhi seruan Allah, karena Dia mengatakan, yang artinya, “Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji.” (QS Al-Haj: 27). Hendaknya ia juga mengingat bagaimana manusia diseru dengan ditiupkannya terompet, dibangkitkannya mereka di kubur-kubur mereka, dan berdesak-desakannya mereka di hari Kiamat memenuhi seruan Allah. Mereka terbagi menjadi orang-orang yang didekatkan dan orang-orang yang ditolak.
Mereka pada awalnya harap-harap cemas, antara takut dan berharap, seperti harap-harap cemasnya orang yang sedang berhaji di miqat, yang mana ia tidak tahu apakah mudah bagi mereka untuk menyempurnakan haji ataukah tidak, apakah hajinya diterima atau tidak.
Rukun selanjutnya adalah thawaf di sekeliling Ka`bah. Thawaf ini seperti shalat, tetapi di dalam thawaf kita dibolehkan berbicara. Thawaf dilakukan tujuh kali putaran, dimulai dari Hajar Aswad dan berakhir di sana pula. Kemudian melakukan sa`i di antara Shafa dan Marwah tujuh kali balik.
Rukun lainnya adalah wuquf di Arafah. Inilah rukun haji yang terpenting. Dalam sebuah hadits dikatakan, “Haji itu adalah wuquf di Arafah.” Pada saat wuquf di Arafah ini sepatutnya setiap orang banyak berdoa.
Setelah itu bermalam di Muzdalifah pada malam nahar (malam Hari Raya), dilanjutkan dengan melontar jumrah di Mina. Kemudian melakukan thawaf ifadhah, yang dinamakan juga thawaf ziarah.
Seseorang dapat melakukan umrah sesudah melakukan haji atau sebelumnya.
Yang juga tak dapat dipisahkan dari pelaksanaan ibadah haji adalah menziarahi Madinatur Rasul. Sebuah hadits mengatakan, “Barang siapa datang mengunjungiku dan tujuannya hanya untuk mengunjungiku, menjadi hak Allah bahwa aku menjadi pemberi syafa’at baginya.”
Setelah itu menikmati shalat di Raudhah (taman), yang suci. Tentang Raudhah, Rasulullah mengatakan, “Di antara kuburku dan mimbarku terdapat taman dari taman-taman surga, dan mimbarku berada di atas telaga.”
Adab Berhaji
Mengenai adab yang harus diperhatikan seorang yang menunaikan haji, Al-Ghazali menuturkan:
Di antara adab yang paling penting dalam perjalanan ini adalah seseorang mengkhususkan dirinya untuk melakukan haji dan memutuskan segala hubungannya dengan dunia. Itu dilakukan dengan melakukan taubat yang murni semata-mata karena Alah dari semua perbuatan maksiat dan kezhaliman. Karena, setiap kezhaliman itu merupakan pengait dan setiap pengait itu seperti musuh yang memberikan pinjaman dan ia akan mengait ke arah seseorang dan akan berkata, “Ke mana engkau menghadap, wahai Fulan? Apakah engkau menuju ke Rumah Allah, Raja dari segala raja, sedangkan engkau menyia-nyiakan perintah-Nya di rumahmu dan mengabaikan-Nya? Tidakkah engkau malu bahwa engkau datang kepada-Nya sebagaimana datangnya seorang hamba yang suka bermaksiat, lalu Dia akan menolakmu dan tidak menerimamu?
Jika engkau ingin ziarahmu diterima, pertama-tama laksanakan perintah-perintah-Nya, kembalikanlah apa-apa yang diperoleh dengan zhalim, bertaubatlah kepada-Nya dari semua maksiat, dan putuskanlah keterkaitan hatimu dengan selain Dia, agar engkau menghadap kepada-Nya dengan wajah hatimu sebagaimana engkau menghadap kepada rumah-Nya dengan wajah tubuhmu.
Jika engkau tidak melakukan itu, engkau tidak mendapatkan apa-apa dari perjalananmu kecuali kelelahan dan kesengsaraan, lalu pencampakan dan penolakan.
Apabila seorang yang menunaikan haji membeli dua pakaian ihram, hendaklah ketika itu ia ingat akan kain kafan dan ingat pula bahwa ia akan dibungkus dengannya. Sesungguhnya ia akan mengenakan dua pakaian ihram ketika dekat dengan Baitullah dan barangkali belum sempat menyempurnakan perjalanannya kepada-Nya tiba-tiba ia sudah harus menjumpai Allah dalam keadaan dibungkus dengan kain kafan. Sebagaimanan ia tidak menjumpai rumah Allah kecuali dalam keadaan berbeda dengan kebiasaannya dalam berpakaian, maka ia juga tidak menjumpai Allah setelah mati melainkan dengan pakaian yang berbeda dengan pakaian dunia. Pakaian ihram ini mirip dengan pakaian untuk kafan, yaitu tidak ada jahitannya.
Di antara kedalaman-kedalaman ibadah haji adalah bahwa ketika seseorang berangkat dari negerinya hendaknya ia berpisah dengan keluarganya dan tanah airnya dalam rangka menghadap Allah dalam suatu perjalanan yang tidak sama dengan perjalanan-perjalanan dunia. Hendaknya ia hadirkan di dalam hatinya apa yang ia inginkan: Ke mana ia menghadap dan siapa yang ditujunya.
Hendaknya ia menyadari bahwa ia menghadap kepada Pemelihara dari segala pemelihara dalam rombongan orang-orang yang diseru lalu mereka memenuhinya, memutuskan segala hubungan, berpisah dengan orang-orang, dan mendatangi Baitullah, yang Allah agungkan dan tinggikan kedudukannya, sampai ia memberikan kepada mereka puncak cita-cita mereka dan mereka berbahagia dengan memandang kepada Pelindung mereka.
Hendaklah ia hadirkan di dalam hatinya harapan akan sampainya dan diterimanya amalnya, tidak tertipu dengan amal-amalnya, tidak merasa mulia dengan keberangkatanya, dan tidak merasa bangga dengan meninggalkan keluarganya dan hartanya. Melainkan percaya dengan anugerah Allah SWT dan berharap Dia mewujudkan janji-Nya bagi orang yang menziarahi Rumah-Nya, dan berharap, apabila ia tidak sampai ke rumah dan menemui ajalnya di dalam perjalanan, ia akan berjumpa dengan Allah sebagai orang yang mendatangi-Nya, sebagaimana yang Allah katakan dalam surah An-Nisa`, yang artinya, “Barang siapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS An-Nisa’: 100).
 




Filosofi Haji

Al-Ghazali menjelaskan falsafah dari masuknya orang yang menunaikan haji ke Makkah. Di sini kecenderungan harapan dalam jiwa seseorang lebih menonjol dibandingkan kecenderungan rasa takutnya. Ketika seseorang memasuki Makkah untuk menunaikan haji, hendaknya ia ingat bahwa ia telah sampai ke Tanah Haram dengan aman. Di saat itu hendaknya ia berharap bahwa dengan memasukinya ia akan aman dari siksa Allah. Hendaknya ia berharap bahwa dengan memasukinya ia akan aman dari siksa Allah. Namun hendaknya juga ia merasa takut apabila ia tidak mendapatkan kedekatan dengan Allah yang membuat masuknya ia ke Tanah Haram menjadi sia-sia dan mendapatkan murka.
Hendaknya harapannya ada di sepanjang waktu. Kemurahan Allah itu merata, Tuhan itu Maha Penyayang, kemuliaan Baitullah itu sungguh besar, hak orang yang berziarah itu dijaga, dan orang yang meminta pertolongan dan perlindungan itu tidak akan disia-siakan.
Apabila pandangan seseorang tertuju kepada Ka`bah, hal itu akan menghadirkan keagungan Baitulah di dalam hatinya. Al-Ghazali berkata kepada orang yang memandangnya, “Berharaplah agar Allah memberikan rizqi kepadamu dapat melihat wajah-Nya yang mulia sebagaimana Dia telah memberi rizqi kepadamu dapat memandang Rumah-Nya yang agung. Bersyukurlah kepada-Nya karena Dia menyampaikanmu pada kedudukan ini dan menggabungkanmu dalam kelompok orang-orang yang mendatangi-Nya. Di saat itu ingatlah bagaimana manusia digiring pada hari Kiamat menuju surga, yang mana mereka terbagi-bagi ke dalam orang-orang yang diberikan izin untuk memasukinya dan orang-orang yang dipalingkan, sebagaimana terbagi-baginya para jama’ah haji menjadi orang-orang yang diterima dan yang ditolak hajinya. Dan teruslah mengingat perkara-perkara akhirat dalam segala yang dilihat, karena segala hal ihwal haji menunjukkan hal ihwal akhirat.
Kemudian ketika melaksanakan thawaf di Baitullah, hendaknya ingat bahwa thawaf adalah seperti shalat, sehingga hadirkanlah dalam qalbu keagungan Allah, rasa takut dan rasa harap kepada-Nya, dan seluruh perasaan cinta kepada-Nya. Dengan melaksanakan thawaf, jama’ah haji mirip para malaikat yang mendekatkan diri kepada Allah dan mengelilingi seputar arasy.
Janganlah berpandangan bahwa thawaf adalah semata-mata mengelilingi Ka`bah dengan tubuh, melainkan thawaf juga dengan qalbu dan senantiasa ingat kepada Allah. Dengan demikian, kita memulai berpikir dan mengakhirinya karena Allah.
Ketika mencium Hajar Aswad, hendaknya yakin sedang menjalin sumpah kesetiaan dengan Allah dan akan mematuhi-Nya.”
Manakala kita telah rampung melaksanakan thawaf dan kemudian menuju Bukit Safa untuk melaksanakan sa`i, Al-Ghazali berpesan, “Laksanakanlah sa`i laksana bolak-baliknya seorang hamba di halaman istana seorang raja. Hamba itu datang dan pergi berkali-kali untuk menyatakan ketulusan pengabdiannya dan mendambakan perhatian dengan pandangan kasih sayang, laksana orang yang masuk dan keluar dalam menghadap seorang raja. Sedangkan ia tidak tahu apa yang akan ditetapkan sang raja terhadap dirinya, yakni diterimakah atau ditolak. Kalau gagal pada kali pertama, ia berharap meraih kasih sayang pada kali kedua.”
Al-Ghazali terus memberikan penjelasan filosofisnya yang mendalam dalam menggambarkan amalan-amalan zhahir haji, agar para jama’ah haji memiliki kedalaman-kedalaman dan rahasia-rahasia bathin, sebagaimana kita melihat hal itu dalam pembicaraannya tentang melontar jumrah. Ia mengatakan: Adapun mengenai melontar jumrah, maksudkanlah dengannya untuk patuh kepada perintah dan menunjukkan penghambaan dan perjalanan kita semata-mata karena menjalankan perintah. Kemudian tujukanlah dengannya mengikuti Nabi Ibrahim ketika dibujuk oleh iblis di tempat itu untuk melakukan maksiat lalu Allah menyuruhnya agar melemparnya dengan batu untuk mengusirnya dan memutuskan harapannya.
Seandainya terlintas pada benakmu bahwa setan membujuknya (Nabi Ibrahim) dan ia menyaksikannya sehingga ia pantas melemparnya sedangkan engkau tidak dibujuk oleh setan, ketahuilah bahwa pikiran ini berasal dari setan dan ia yang memasukkan di dalam hatimu untuk melemahkan niatmu dalam melontar dan membisikkan kepadamu bahwa itu suatu perbuatan yang tidak ada manfaatnya dan bahwa itu seperti permainan sehingga engkau tidak perlu menyibukkan diri dengannya, usirlah dia dari dirimu dengan sungguh-sungguh dan dengan sigap dalam melontarnya. Ketahuilah, pada lahirnya engkau melontar batu-batuan ke Aqabah, padahal pada hakikatnya engkau melontar dengan batu-batuan itu wajah setan dan menghancurkannya. Jadi, ia tidak dapat dikalahkan kecuali engkau melaksanakan perintah Allah sebagai pengagungan kepada-Nya dengan semata-mata mematuhi perintah-Nya tanpa memikirkan diri sendiri dan akal.
Apabila seseorang yang menunaikan haji mengunjungi kota Rasul, hendaklah ketika melihatnya ia ingat bahwa itulah kota yang Allah pilih untuk Nabi-Nya, yang Dia jadikan sebagai tempat hijrah beliau. Di sana beliau berjuang menghadapi musuhnya dan menampakkan agamanya sampai beliau wafat menghadap Allah. Kemudian Dia menjadikan jasadnya berada di sana. Begitu juga dengan jasad dua orang pembantunya yang menjalankan kebenaran, Abu Bakar dan Umar.
Hendaknya seorang yang berhaji membayangkankan dalam dirinya tempat-tempat pijakan kaki Rasulullah ketika berjalan di sana. Tidakkah setiap pijakan kaki melainkan merupakan tempat pijakan-pijakan kaki beliau yang mulia, sehingga seorang yang berhaji tidak meletakkan kakinya melainkan dengan tenang dan dengan khawatir, serta ingat bagaimana berjalannya Rasulullah dan ketenangannya dalam berjalan, juga mengingat bagaimana Allah memasukkan di dalam hati beliau ma’rifat yang agung kepada-Nya dan meninggikan sebutannya sehingga Dia menyertakannya dengan sebutan terhadap diri-Nya, dan bagaimana Allah akan memberikan hukuman kepada orang yang mencederai kehormatannya walaupun sekadar meninggikan suaranya di atas suara beliau. Hendaknya ia juga mengingat bagaimana Allah menggembirakan orang-orang yang menjadi sahabat beliau dengannya dan mereka berbahagia dapat menyaksikan beliau dan mendengar perkataannya.
Hendaknya ia merasa menyesal karena tidak dapat bersahabat dengan Rasulullah dan para sahabatnya. Hendaknya ia mengingat bahwa, setelah ia tidak dapat melihatnya di dunia, kesempatan untuk melihatnya di akhirat pun masih mengkhawatirkan (belum dapat dipastikan). Karena, buruknya amal seseorang dapat menghalanginya untuk berjumpa dengannya sebagaimana yang beliau katakan, “Allah mengangkat kepadaku beberapa kaum, lalu mereka berkata, ‘Wahai Muhammad, wahai Muhammad.’
Lalu aku berkata, ‘Wahai Tuhan, mereka para sahabatku.’
Tuhan berkata, ‘Sesungguhnya engkau tidak mengetahui apa yang mereka lakukan setelah engkau tiada.’
Maka aku katakan, ‘Menjauhlah mereka dariku’.”
Seandainya engkau tinggalkan kehormatan syari’atnya walau hanya semenit, janganlah engkau merasa aman bahwa engkau tak akan terhalang dari beliau karena penyimpanganmu dari jalannya. Walaupun demikian, besarkanlah harapanmu bahwa Allah tidak akan menghalangi antara engkau dan beliau setelah ia memberikan rizqi keimanan kepadamu dan memberangkatkanmu dari tanah airmu untuk menziarahi beliau tanpa niat untuk berdagang dan tanpa mengharapkan bagian dunia, melainkan semata-mata karena kecintaanmu kepada beliau dan kerinduanmu untuk melihat peninggalan-peninggalannya dan dinding makamnya. Apabila engkau menyerahkan dirimu dalam perjalanan semata-mata untuk itu, wajarlah jika Allah memandangmu dengan pandangan kasih sayang.


Rintihan Seorang Anak

Rintihan Seorang Anak.mp3

Lambaian Kasih : Rintihan Seorang Anak

BETAPA PERITNYA HIDUPKU
TANPA BELAIAN KASIH DAN SAYANGMU
SEJAK KECIL TIADA KURASAKAN
SENTUHAN JEJARIMU

KEMANA PERGINYA DIRIMU IBU
KAU MENGHILANGKAN DIRI DARIKU
TERBIAR SEPI JIWA KERDILKU
HILANGNYA IHSAN DIRIMU

APALAH SALAH DOSA DIRIKU
TERBUANG TANPA PEMBELAANMU
AKU AMANAH TIADA DISYUKURI
MEMBIARKU MENANGIS HIBA

BUKAN INTAN PERMATA YANG KUPINTA
HANYA SECEBIS KASIHMU
DILEMBAH SENJA TIADA KUMENGERTI
MENGAPA KAU SEKEJAM INI

KULALUI HIDUP TANPA KEHADIRANMU
IBU..KETAHUILAH SUARA OMBAK ITU ADALAH
TANGISANKU YANG BERLAGU DAN MENANTI KEPULANGAN MU IBU
KUMERINDUKAN SEPOHON KASIHMU
IBU KEMBALILAH KEPADAKU
SEMOGA SINAR HIDUPKU
KAN KEMBALI GEMILANG..

KUPANJATKAN DOA PADA-MU YA ALLAH
AMPUNILAH SEGALA DOSA IBU
SELAMATKANLAH DIA DARI AZAB-MU
BERILAH PETUNJUK PADANYA SELALU..

10 PerKara yAnG Sia-sia

Sufyan ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka, menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:-

1.Laki-laki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tapi tidak dimohonkannya doa untuk ibu-bapanya sendiri dan kaum Muslimin.







2.Orang yang kerapkali membaca Al Quran, tapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.


3.Laki-laki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan shalat tahiyatul-masjid.

4.Orang-orang yang melewati tanah perkuburan, tapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah-arwah mereka.

5.Laki-laki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan shalat Jumaat berjemaah.

6.Laki-laki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.

7.Dua orang laki-laki yang bersahabat, tapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.

8.Laki-laki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tapi tidak diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu.

9.Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.

10.Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran kelaparan, sedang ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.

Pakej Kematian

Terdapat satu senarai pakej kematian yang sangat mulia iaitu husnul khatimah atau mati syahid terutama di senarai yang ke lapan dan kesembilan dalam tulisan ini.
Pertama: Mereka yang dapat mengucapkan syahadah menjelang kematian sebagaimana ditunjukkan dalam banyak hadis sahih, antaranya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “(Barang siapa yang ucapan terakhirnya Laa ilaaha illallah maka dia masuk syurga).” (Hadis Hasan)
Kedua: Kematian yang disertai dengan basahnya kening dengan keringat atau peluh berdasarkan hadis Buraidah bin Hushaib r.a: Dari Buraidah bin Khusaib r.a (bahawa ketika dia berada di Khurasan sedang membesuk seorang sahabatnya yang sakit dia mendapatinya sudah meninggal tiba-tiba keningnya berkeringat maka dia berkata: Allahu Akbar, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: (Kematian seorang mukmin disertai keringat di keningnya). (Hadis Sahih)
Ketiga: Mereka yang (baik-baik dan soleh) meninggal dunia pada malam Jumaat atau siangnya berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w (tidaklah seorang Muslim yang meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat melainkan Allah melindunginya daripada seksa kubur).
Keempat: Meninggal dalam keadaan syahid di medan perang sebagaimana ertinya: (Dan janganlah sekali-kali kamu mengira bahawa orang-orang yang terbunuh di jalan Allah mati, tetapi mereka hidup diberi rezeki di sisi Tuhan mereka. Mereka bergembira dengan kurnia yang diberikan Allah kepada mereka dan memberi khabar gembira kepada orang yang belum mengikuti mereka di belakang janganlah mereka takut dan sedih. Mereka memberi khabar gembira dengan kenikmatan dari Allah dan kurnia-Nya dan bahawa Allah tidak mensia-siakan balasan bagi orang-orang beriman). (Surah Ali Imran ayat 169-171)
Rasulullah s.a.w bersabda: “(Orang yang syahid mendapat kan enam perkara: Diampuni dosanya sejak titisan darahnya yang pertama, diperlihatkan tempatnya dalam syurga, dijauhkan dari seksa kubur, diberi keamanan dari goncangan yang dahsyat di hari kiamat, dipakaikan mahkota keimanan, dinikahkan dengan bidadari syurga, diizinkan memberi syafaat bagi tujuh puluh anggota keluarganya.”
Kelima: Mereka yang meninggal ketika berjuang di jalan Allah (bukan terbunuh) berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w: “(Apa yang kalian nilai sebagai syahid antara kalian? Mereka berkata: Ya Rasulullah siapa yang terbunuh di jalan Allah maka dia syahid. Beliau berkata: (Jadi sesungguhnya syuhada’ umatku sedikit ). Mereka berkata: Lalu siapa mereka Ya Rasulullah?
Baginda berkata: (Barang siapa yang terbunuh di jalan Allah syahid, barang siapa yang mati di jalan Allah syahid, barang siapa yang mati kerana wabak taun syahid, barang siapa yang mati kerana penyakit perut syahid dan orang yang tenggelam syahid).”
Keenam: Mati kerana satu wabak penyakit taun berdasarkan beberapa hadis antaranya: Rasulullah s.a.w bersabda: (Wabak taun adalah kesyahidan bagi setiap Muslim).
Ketujuh: Mereka yang mati kerana penyakit dalam perut berdasarkan hadis di atas.
Kelapan dan kesembilan: Mereka yang mati kerana teng gelam dan terkena runtuhan berdasarkan sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: (Syuhada ada lima: yang mati kerana wabak taun, kerana penyakit perut, yang tenggelam, yang terkena runtuhan dan yang syahid di jalan Allah).
Kesepuluh: Mereka yang matinya seorang wanita dalam nifasnya disebabkan melahirkan anaknya: Dari Ubadah bin Shamit r. a bahawa Rasulullah s.a.w menjenguk Abdullah bin Rawahah dan berkata: Beliau tidak berpindah dari tempat tidurnya lalu berkata: Tahukah kamu siapa syuhada’ dari umatku? Mereka berkata: Terbunuhnya seorang Muslim adalah syahid. Beliau berkata: (Jadi sesungguhnya para syuhada’ umatku, terbunuhnya seorang Muslim syahid, mati kerana wabak taun syahid, wanita yang mati kerana janinnya syahid (ditarik oleh anaknya dengan tali arinya ke syurga).
Kesebelas dan kedua belas: Mereka yang mati kerana terbakar dan sakit bengkak panas yang menimpa selaput dada di tulang rusuk, ada beberapa hadis yang terkait yang paling masyhur: Dari Jabir bin ‘Atik dengan sanad marfu’: (Syuhada’ ada tujuh selain terbunuh di jalan Allah: yang mati kerana wabak tha’un syahid, yang tenggelam syahid, yang mati kerana sakit bengkak yang panas pada selaput dada syahid, yang sakit perut syahid, yang mati terbakar syahid, yang mati terkena runtuhan syahid, dan wanita yang mati setelah melahirkan syahid).
Ketiga belas: Mereka yang mati kerana sakit TB berdasarkan hadis: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: (Terbunuh di jalan Allah syahid, wanita yang mati kerana melahirkan syahid, orang yang terbakar syahid, orang yang tenggelam syahid, dan yang mati kerana sakit TB syahid, yang mati kerana sakit perut syahid). (Hadis Hasan)
Keempat belas: Mereka yang mati kerana mempertahankan hartanya yang hendak dirampas. Dalam hal itu ada beberapa hadis di antaranya: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: (Barang siapa yang terbunuh kerana hartanya (dalam riwayat: barang siapa yang hartanya diambil tidak dengan alasan yang benar lalu dia mempertahankannya dan terbunuh) maka dia syahid).
Kelima belas dan keenam belas: Mereka yang mati kerana mempertahankan agama dan dirinya: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: (Barang siapa yang terbunuh kerana hartanya syahid, barang siapa yang terbunuh kerana keluarganya syahid, barang siapa yang terbunuh kerana agamanya syahid, barang siapa yang terbunuh kerana darahnya syahid).
Ketujuh belas: Mereka yang mati dalam keadaan ribath (berjaga di perbatasan)
di jalan Allah. Ada dua hadis dalam hal itu salah satunya: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: (Ribath sehari semalam lebih baik dari berpuasa dan qiyamul lail selama sebulan, dan jika mati maka akan dijalankan untuknya amalan yang biasa dikerjakannya, akan dijalankan rezekinya dan di amankan dari fitnah).
Kelapan belas: Mati ketika melakukan amal soleh berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: (Barang siapa yang mengucapkan: Laa ilaaha illallah mengharapkan wajah Allah lalu wafat setelah mengucapkannya maka dia masuk syurga, barang siapa berpuasa satu hari mengharapkan wajah Allah lalu wafat ketika mengerjakannya maka dia masuk syurga, barang siapa yang bersedekah dengan satu sedekah meng harapkan wajah Allah lalu wafat ketika mengerjakannya maka dia masuk syurga).
Kesembilan belas: Mereka yang dibunuh oleh penguasa yang zalim kerana memberi nasihat kepadanya: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: (Penghulu para Syuhada’ adalah Hamzah bin Abdul Mutalib dan seseorang yang mendatangi penguasa yang zalim lalu dia memerintahkan yang baik dan melarang dari yang mungkar lalu dia dibunuh nya) Hadis dikeluarkan oleh Al-Hakim dan disahihkannya dan Al Khatib.
Sama-samalah kita berdoa agar kita sama termasuk dalam senarai di atas. Amin Ya Rabbal ‘aalamin

Doa & Istighfar Selepas Solat

Ada orang-orang yang langsung berdiri dan meninggalkan tempat sholat tanpa berdoa atau beristighfar terlebih dahulu. Sedangkan istighfar menurut beliau adalah yang paling minimal.
Waktu setelah sholat fardhu adalah termasuk saat-saat dimana doa paling di kabulkan.

Hal ini sesuai dengan sabda Rasulullah saw: “di riwayatkan dari Abu Umamah ra bahwa Rasul saw pernah di tanya oleh seorang laki-laki: ‘doa apakah yang paling di kabukan oleh Allah swt?’, jawab Rasul saw: “Doa di tengah malam dan setelah sholat-sholat fardhu.”(HR.Tirmidzi).

Doa-doa setelah sholat sangat banyak yang teriwayatkan dari Nabi saw dan membawa faedah yang sangat besar. Sebagai contoh adalah hadits Nabi saw berikut ini: “Barangsiapa yang setelah sholatnya membaca Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali dan Allahu akbar 33 kali, lalu di genapkan menjadi 100 kali dengan membaca Laa Ilaha Illa Allahu Wahdahu Laa Syarika Lahu, Lahu al-Mulku Wa Lahu al-Hamdu Yuhyi Wa Yumiitu Wa Huwa ‘Ala Kulli Syai in Qadir
(Tiada Tuhan selain Allah swt semata, tiada sekutu bagiNya, bagiNya kerajaan dan pujian, Dialah yang menghidupkan dan mematikan dan Dialah yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu) maka d ampuni dosanya walau sebanyak buih di lautan.”(HR.Imam Muslim).

Termasuk doa-doa yang tidak pernah di tinggalkan oleh Nabi saw setelah solatnya adalah doa: ”Wahai Allah Engkaulah yang Maha Melimpahkan kesejahteraan,dan dariMu lah terlimpah segala kesejahteraan dan padaMu lah kembali semua kesejahteraan. Maha Berkah Engkau lagi Maha Mulia.” (HR. Imam Muslim).
Dalam nasihatnya di atas, beliau berkata bahwa minimal dari zikir sesudah sholat tersebut adalah istighfar. Rasulullah saw bersabda: “Demi Allah swt! Aku memohon ampunan Allah swt dan bertobat kepadaNya lebih dari 70 kali sehari.”(HR.Bukhari). Sebagian ulama berkata bahwa istighfar dapat membuka pintu rezeki dan banyak manfaat lain. Mengenai membaca al-Qur’an akan di bahas pada catatan tersendiri.
Wirid adalah zikir yang di amalkan pada waktu-waktu tertentu dan untuk suatu keperluan. Berbeda dengan zikir secara umum yang tidak terikat waktu. Bacaan setelah sholat adalah termasuk dari wirid karena di baca pada waktu tertentu, yaitu setelah sholat. Karena ada dari bacaan-bacaan tersebut yang tidak berlaku faedahnya di luar sholat sebagaimana yang hadits yang telah di sebutkan di atas.


Dan cukuplah kita mengetahui kemuliaan wirid ini,dan sekaligus menutup penjelasan ini,adalah bahwa al-Imam Abdurrahman bin Muhammad Assegaf berkata: “Barangsiapa yang tidak mempunyai wirid, maka tidak ubahnya ia seperti kera .” Wallahu a’lam.

Kisah Uwais Al Qorni

Sebuah kapal yang sarat dengan muatan dan bersama 200 orang termasuk ahli perdagangan berlepas dari sebuah pelabuhan di Mesir. Sewaktu kapal itu berada di tengah lautan maka datanglah badai petir dengan ombak yang kuat membuat kapal itu terombang-ambing dan hampir tenggelam. Berbagai usaha dibuat untuk menghindai kapal itu dihantam badai ombak , namun semua usaha mereka sia-sia saja. Semua orang yang berada di atas kapal itu sangat cemas dan menunggu apa yang akan terjadi pada kapal dan diri mereka. Ketika semua orang berada dalam keadaan cemas, terdapat seorang lelaki yang sedikitpun tidak merasa cemas. Dia kelihatan tenang sambil berzikir kepada Allah SWT. Kemudian lelaki itu turun dari kapal yang sedang terombang-ambing dan berjalanlah dia di atas air dan mengerjakan solat di atas air.
Beberapa orang pedagang yang bersama-sama dia dalam kapal itu melihat lelaki yang berjalan di atas air dan dia berkata, “Wahai Wali Allah, tolonglah kami. Janganlah tinggalkan kami!” Lelaki itu tidak memandang ke arah orang yang memanggilnya. Para pedagang itu memanggil lagi, “Wahai wali Allah, tolonglah kami. Jangan tinggalkan kami!” Kemudian lelaki itu menoleh ke arah orang yang memanggilnya dengan berkata, ” Ada apa ?” Seolah-olah lelaki itu tidak mengetahui apa-apa. pedagang itu berkata, “Wahai wali Allah, tidakkah kamu hendak mengambil bebab tentang kapal yang hampir tenggelam ini?” Wali itu berkata, “Dekatkan dirimu kepada Allah SWT.” Para penumpang itu berkata, “Apa yang mesti kami lakukan?” Wali Allah itu berkata, “Tinggalkan semua hartamu, jiwamu akan selamat.” Kesemua mereka sanggup meninggalkan harta mereka. Asalkan jiwa mereka selamat. Kemudian mereka berkata, “Wahai wali Allah, kami akan membuang semua harta kami asalkan jiwa kami semua selamat.”
Wali Allah itu berkata lagi, “Turunlah kamu semua ke atas air dengan membaca Bismillah.” Dengan membaca Bismillah, maka turunlah seorang demi seorang ke atas air dan berjalan menghampiri wali Allah yang sedang duduk di atas air sambil berzikir. Tidak berapa lama kemudian, kapal yang memuat muatan beratus ribu dinar itu pun tenggelam ke dasar laut. Habislah kesemua barang-barang perdagangan yang mahal-mahal tenggelam ke laut. Para penumpang tidak tahu apa yang hendak dibuat, mereka berdiri di atas air sambil melihat kapal yang tenggelam itu.
Salah seorang daripada pedagang itu berkata lagi, “Siapakah kamu wahai wali Allah?” Wali Allah itu berkata, “Saya adalah Uwais Al-Qarni.” Pedagang itu berkata lagi, “Wahai wali Allah, sesungguhnya di dalam kapal yang tenggelam itu terdapat harta fakir-miskin Madinah yang dihantar oleh seorang jutawan Mesir.” Uwais Al Qorni berkata, “Sekiranya Allah SWT kembalikan semua harta kamu, Apakah kamu betul-betul akan membahagikannya kepada orang-orang miskin di Madinah?” pedagang itu berkata, “Betul, saya tidak akan menipu, ya wali Allah.”
Setelah wali itu mendengar pengakuan dari para pedagang itu, maka dia pun mengerjakan solat dua rakaat di atas air, kemudian dia memohon kepada Allah SWT agar kapal itu dimunculkan seperti semula bersama-sama hartanya. Tidak berapa lama kemudian, kapal itu muncul sedikit demi sedikit sehingga terapung di atas air. Kesemua barang perniagaan dan lain-lain tetap seperti semula, tiada yang kurang. Setelah itu dinaikkan kesemua penumpang ke atas kapal itu dan meneruskan pelayaran ke tempat yang dituju. Setelah sampai di Madinah, pedagang yang berjanji dengan wali Allah itu terus menunaikan janjinya dengan membagi-bagikan harta kepada semua fakir miskin di Madinah sehingga tiada satupun yang tertinggal.
Ya Allah, curahkan dan limpahkanlah keridhoan atasnya dan anugerahilah kami dengan rahsia-rahsia yang Engkau simpan padanya, Amin Tak ada yang menarik,jika Anda tidak merasa tertarik. Make Things As Simple As Possible But No Simpler ©2011 Muhd Habib